Soalan2 Lazim Tentang ARBA

Soalan Lazim


Soalan-soalan yang biasa ditanya.

1. Kenapa pendapatan tinggi? Ini macam investment je?
Jawapan: Kita berurusan terus dengan syarikat. Tiada orang tengah. ASB dapat 8% setahun sebab kat tengah tu macam-macam ada. So balance baru kita punya. ARBA 8% sebulan. Terpulanglah kepada sahabat-sahabat nak yang mana. Plan ARBA sememangnya dicipta khas seolah-olah macam investment dan ditujukan khas untuk penggemar investment di luar sana bertujuan mengelakkan mereka daripada duk join investment merapu. Hakikatnya ARBA 100% MLM. ARBA MEMANG UNIK.
2. Halal ke? Riba macam mana?
Jawapan: Sudah tentu HALAL. Majlis fatwa kebangsaan dah gezet MLM halal. Siapalah kita nak pertikai keilmuan mereka. Tapi masih lagi ada yang tak puas hati. Jadi, ada 2 lagi kaedah. Kita akad jual beli terus produk mengikut pakej kita join dan syarikat bagi hibah selama 12 bln. Alaah.. Macam beli peti ais. Siap percuma servis selama setahun dan jaminan tu. Tak puas hati lagi! Boleh juga beri hutang kepada syarikat tanpa akad (mazhab syafie). Yang syarikat nak bg produk dan bonus mingguan dan bulanan tu cerita lain. Sain aggrement tu bukan akad. Kalau tidak, kita tak payah la mengadap tok imam. Isi borang je dah kira sah ler.
Kalau tak jelas boleh jengok http://www.e-fatwa.gov.my/
3. CWC ada panel syariah sendiri tak?
Jawapan: Kreteria yang perlu ada bagi setiap pelan pemasaran jualan langsung adalah pelan pemasaran berkenaan perlulah mengikuti garis panduan yg ditetapkan oleh  Jakim. Yang mana Jakim mempunyai barisan panel syariah untuk meneliti setiap ruang yg memungkinkan pelan pemasaran berkenaan mmpunyai unsur-unsur yg tidak patuh syariah. Jadi, syarikat yg mempunyai lesen AJL membawa maksud pelan pemasarannya adalah patuh syariah. Barisan panel syariah Jakim, bukan 1/ atau 2 orang, tetapi belasan org yang dilantik untuk menetapkan garis panduan agar patuh syariah. Dalam isu ini syarikat tidak lagi perlu untuk melantik mana-mana panel syariah utk memantau peniagaan syarikat kerana apa yg dilaksanankan oleh syarikat adalah dari pelan pemasaran yg telah disahkan patuh syariah oleh Jakim.
Persoalan disini tujuan apa syarikat perlu ada panel syariah sendiri? Kalau syarikat ingin melantik panel syariah sendiri, syarikat perlu memperuntukan wang untuk membayar gaji mereka yang bukannya sedikit. Bila panel syariah menyatakan pelan syarikat patuh syariah dan sah, panel syariah tadi perlu merujuk pula kelulusan jakim pula untuk dapatkan lesen AJL, sedangkan syarikat boleh merujuk terus kepada jakim. Jadi apa tujuan panel syariah syarikat?
Pernah berlaku pada salah sebuah syarikat MLM (nama syarikat di rahsiakan) telah melantik panel syariah sendiri. Tujuan apa panel syariah itu di lantik untuk menarik orang islam menyertai or untuk apa Wallahua'lam, tapi bila syarikat tersebut dah maju, panel syariah sendiri pun dah tiada lagi.
4. Bagaimana proses nak dapatkan lesen AJL yang diluluskan oleh JAKIM?
Jawapan: Syarat untuk memohon lesen jualan langsung dan skim anti-piramid ialah mendapat kelulusan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam JAKIM terdapat sebuah unit yang terdiri daripada panel syariah yang dilantik oleh JAKIM. Mereka inilah yang memastikan setiap perniagaan yang nak dijalankan mematuhi syarak.
Apabila lulus kriteria yang ditetapkan oleh para panel syariah JAKIM, barulah pihak JAKIM akan bagi pengiktirafan. Selesai dengan JAKIM, kena pergi ke KKM pula untuk kelulusan produk dan seterusnya agensi-agensi lain yang berkaitan. Apabila telah selesai mendapat kelulusan daripada semua agensi kerajaan yang berkaitan. Barulah KPDNKK memberi lesen jualan langsung kepada syarikat. Secara automatik, bisnes ni sah di sisi undang-undang dan halal di sisi Syarak. Wallahualam... Kalau silap tlg betulkan.
5. Boleh ke fix income?
Jawapan: Sebenarnya ia bukan fix income, ia adalah hibah yang diberikan oleh syarikat setiap bulan. Selain hibah, ada lagi pendapatan mingguan dan CTO yang jumlahnya tak tahu berapa. Fix ke? Anda sendiri rasakannya setelah bersama kami. Itu belum lagi masuk bonus-bonus lain.
Dalam syarak pula selagi tidak diserta dalam aqad jumlah fix, selagi itu ia tk berlaku riba (pada mazhab syafie)..agreement bukan aqad..jika agreement adalah aqad..bakal pengantin tak yah susah-susah aqad, just sign borang kat tangan tok imam je senang..byk sikit tok imam hambat trip..kena belajar bab aqad la pulak syarat-syarat aqad yg lima.
6. Ada tak perjanjian atau apa-apa sandaran?
Jawapan: Ada. Perjanjian hanya ditandatangani diantara kita dan CEO syarikat sahaja. Baru kemas keming. Hanya CEO sahaja yang ada power untuk arahkan syarikat bayar kepada kita jika ada apa-apa berlaku. Kita pula boleh pegang CEO. Lagipun syarikat wajib ada RM1.5j modal yg tak boleh usik khas untuk kita jika ada apa-apa berlaku. Ini syarat KPDNKK. Jika syarikat non bumi kena ada RM3 juta modal tak leh usik syeikh. Dont worry deh.
7. Saya duk jauh, Macammana nak join? Produk dan aggrement macamana?
Jawapan: Jika yakin, bankin duit kepada akaun syarikat atas nama CLASSIC WORLDWIDE  (CIMB: 8601626947, MAYBANK: 5520 5968 2451) Slip bank kena simpan baik-baik. Nanti saya akan uruskan pendaftaran. Kena daftar cepat-cepat sebab hendak menunggu pendapatan yang pertama adalah selepas 40 hari. Bulan seterusnya setiap 30 hari. Aggrement dan produk akan di pos atau by hand dalam masa sebulan.
8. Berapa lama dah ARBA?
Jawapan: Syarikat CWC wujud pada Mei 2007 manakala program arba bermula lepas raya haji tahun lepas 2012. Kita antara yang terawal. Jangan lepaskan peluang ini.
9. Macammana nak jadi khalifah ringgit?
Jawapan: anda cuma kena pastikan direct sponsor anda berjumlah RM300k. Tiada had masa. Tak kira berapa orang. Kalau anda taja hanya seorang kawan dan dia join RM300k, anda layak. Dulu RM100k sahaja.
10. Apa kelebihan khalifah ringgit?
Jawapan: 1% daripada group sale setiap bulan akan dibayar pada 12hb setiap bulan. Jika group sale mencecah RM300k untuk bulan tersebut (8hb - 7hb), anda terima RM20k insentif dari syarikat. Juga dapat CTO KR setahun sekali. LUMAYAN!!!! jom kita sama-sama target jadi KR.
11. Apa akan jadi jika suatu hari nanti tiada orang dah yang join ARBA?
Jawapan: Tiada masalah. Syarikat akan habiskan baki perjanjian orang yang terakhir. Dan akan menamatkan program ARBA. Jika anda tidak mahu menunggu lama. Batalkan jelah perjanjian. Ambil modal pasif anda. Tetapi, program seunik ARBA insyaallah akan subur mekar. Cuba tengok syarikat MLM lain. Tetap subur walaupun dah 20 tahun dan produk dah macam tak laku. Contoh berlambak depan mata. Cuba rajinkan diri untuk selidik.
12. Dengar cerita boleh guna emas untuk join ARBA. Betul ke?
Jawapan: Ya. Emas kita jual kepada syarikat ikut nilai semasa dan yang tertinggi kemudian dapat cash dari syarikat join la pakej arba. Kelebihan jual kepada syarikat ialah, kita boleh beli balik emas kita dengan harga yang mula-mula kita jual dulu kepada syarikat dalam tempoh 12 bulan. Itu inisiatif syarikat nak bantu orang takde cash tapi sayang nak jual emas, yerla mane tahu emas tu pusaka nenek moyang 7 ketururnan.
13. Apa Kaitan ARBA dengan CWC? 
Jawapan: ARBA adalah satu nama program/kaedah/cara laksana dari pelan pemasaran asal syarikat Classic Worldwide Corp. (M) Sdn. Bhd.(CWC). CWC adalah sebuah syarikat jualan langsung yg mempunyai lesen AJL. Jika ahli/bakal ahli ingin membuat semakan dgn KPDNKK sila nyatakan nama syarikat Classic Worldwide Corp. (M) Sdn. Bhd. untuk mengetahui status lesen syrkt.
ARBA NETWORK GROUP, adalah nama kumpulan yang terdiri dari Khalifa Ringgit (KR) dan ahli biasa yg menyertai prgm ARBA. ARBA NETWORK GROUP BUKAN SEBUAH SYARIKAT BERDAFTAR atau APA-APA PERTUBUHAN YG BERDAFTAR DGN MANA-MANA KEMENTERIAN di MALAYSIAARBA merupakan group/team penggerak di bawah CWC. Nama ARBA singkatan sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW Abdul Rahman Bin Auf (ARBA). Semoga aura , cara beliau berniaga dan keberkatan perniagaannya menjadi rujukan kita. Insyaallah.
14. Daripada mane datangnya bonus mingguan tu?
Jawapan: Salah satu pendapatan mingguan ialah daripada pairing autoplacement. Setiap kali ada kemasukan, lot-lot tersebut akan diletakkan secara automatik oleh sistem. Setiap level akan dipenuhkan dahulu sebelum diletakkan di level yang lain. Ini bermakna dibawah anda akan ada orang walaupun anda tak menaja.
Contoh: A taja B. B akan diletakkan disebelah A. Bukan di bawah A. Begitu juga jika A taja C. C akan diletakkan disebelah B. Setiap kemasukan baru akan diletakkan di tempat yang kosong secara automatik sehingga setiap level penuh.
PERINGATAN!! PENDAPATAN MINGGUAN TIDAK DIJAMIN SYARIKAT. ADA ATAU TIADA. BANYAK ATAU SEDIKIT. BERGANTUNG KEPADA REZEKI ANDA. Tetapi realitinya syarikat membayar puluhan ribu setiap minggu untuk pendapatan mingguan kepada ahli yang layak.
15. Tadi kata tiada penajaan. Jadi kami wajib taja orang ker?
Jawapan: TIDAK. Pendapatan bulanan akaun pasif adalah tetap diterima anda walau apapun yang berlaku. Cuma syarikat akan membayar bonus kepada sesiapa yang memperkenalkan sahabat-sahabat mereka kepada ARBA sebagai tanda terima kasih. Penaja akan mendapat 2% daripada nilai akaun pasif tajaannya. Bukan sekali, tetapi SETIAP BULAN selagi sahabat tajaannya tidak mengeluarkan modal. Contoh, jika taja RM10k, pasif adalah RM7500. 2% daripada RM7500 ialah RM150 setiap bulan. LUMAYAN!!!
Sebenarnya syarikat telah melantik org khas untuk menaja dan membuat jualan iaitu KHALIFA RINGGIT. Jadi anda duduk santai di rumah dan nikmati pendapatan mingguan, bulanan dan CTO 3 bulan sekali tanpa perlu buat apa-apa pun. Produk pula percuma siap boleh sedekah lagi. Biarkan kami yang buat segalanya. Tetapi mesti mau ingat lah, KHALIFA RINGGIT ada insentif mereka sendiri yang agak LUMAYAN. Anda berminat ingin menjadi KHALIFA RINGGIT?? Nanti kita sembang kemudian.. hehe
16. Bagaimana pembayaran bonus berlaku?
Jawapan: Classic Worldwide Corporation Sdn Bhd mempunyai sijil AJL (AJL-931903) untuk menerima deposit dan membayar bonus. Setiap pakej belian didalam program ARBA NETWORK adalah belian pakej pelan MLM syarikat.
Pelan MLM Classic Worldwide Corporation Sdn Bhd
Apabila pembelian berlaku, terhasillah income-income dalam pelan MLM, dan bonus dibayar melalui income-income tersebut. 
Contoh income dari aktiviti penjualan syarikat:
Jika anda membeli pakej Diamond bernilai RM 2500.00. Anda akan mendapat 10 unit produk. Jika anda tidak menjual produk dan menaja, maka anda tidak mendapat apa-apa pendapatan. Katakan anda berjaya menaja seorang (A) dengan pakej Diamond, nilai BV adalah 1000BV.
Anda akan mendapat sponsor income 30% daripada nilai BV
1000BV x 30% = RM 300.00
Kemudian pada bulan yang sama anda menaja seorang lagi (B) dengan pakej yang sama Diamond,
Anda akan mendapat sponsor income 30% daripada nilai BV
1000BV x 30% = RM 300.00
Apabila berlakunya pairing (ada nilai BV di sebelah kiri dan kanan) anda layak mendapat Matching Income 20% daripada nilai BV yang sama pada kedua-dua belah.
1000BV x 20% = RM 200.00
Jadi pendapatan anda pada bulan tersebut adalah 
Sponsor A RM 300.00
Sponsor B RM 300.00
Matching RM 200.00
````````````````````````````````````
Jumlah RM 800.00
`````````````````````````````````````
Apabila berlaku lagi penajaan maka berjalanlah pendapatan-pendapatan seperti diatas. Cuba bayangkan jika ada 1000 orang tolong carikan tajaan kepada anda, agak-agak dapat tak seorang sehari? Dapat bayangkan macam mana susunan tajaan anda dalam masa sebulan jika sehari ada satu tajaan dan berapa pendapatan anda? Jika anda tak melakukan penajaan? maka tiadalah pendapatan. Itulah masalah sebahagian besar orang yang takut join MLM kerana tak pandai cari orang, taja orang dan jual barang.
Di ARBA anda tak perlu cari orang taja orang dan jual produk. Ianya akan berlaku tanpa komitmen anda kerana semua yang menyertai ARBA bergerak untuk memenuhkan susunan tajaan mengikut tahap (level by level). 
Contoh lagi : Hari ini anda membeli pakej Diamond, dengan program ARBA, susunan downline akan disusun dengan memenuhkan setiap tingkat dahulu (level by level), jadi secara automatik anda akan mendapat downline tanpa anda sendiri cari penajaan. Siapa yang tolong cari penajaan? Khalifa Ringgit(KR) dan bakal Khalifa Ringgit (KR) akan cari. Ramai tak bakal Khalifa Ringgit? Semua yang masuk program ARBA adalah bakal Khalifa Ringgit, jadi berapa ramai agak-agaknya yang cari tajaan untuk program ARBA ni? Ramaiii...xcukup jari kaki tambah jari tangan kalu nak bilang..Siapa yang susun downline? ARBA yang susun dengan implementasi sistem programming yang cekap untuk melaksanakannya.
Contoh Susunan Penuh "Level by Level"
17. Daripada mana pula datangnya pendapatan akaun pasif?
Jawapan: Sebenarnya semua duit yang kita labur digunakan untuk membeli produk di CWC. Sebagai contoh, jika anda join RM10k, anda sebenarnya membeli 4 lot diamond dan 40 unit produk. 100% mengikut plan perniagaan syarikat yang diluluskan KPDNKK melalui lesen AJL 931903. 1 lot akaun aktif kita dapat (10 Produk) dan 3 lot akaun pasif (30 produk)  akan diuruskan oleh ARBA dimana keuntungan daripada kemasukan ahli dan jualan produk pasif kita digantikan 8% setiap bulan kepada anda.
Katakan 30 produk bernilai RM200 seunit (harga ahli sebenarnya lebih kurang RM250 seunit).
30 produk = 30 × RM200 = RM6000
Katakan setiap lot akaun pasif anda, purata pendapatan mingguannya adalah RM100 (daripada analisis syarikat sehingga entri ini ditulis,  purata pendapatan mingguan untuk setiap lot adalah RM195)
3 lot = RM300 seminggu × 4 minggu = RM1200 sebulan
RM1200 × 12 bulan = RM14400 setahun
Jualan produk RM6000 + RM14400 = RM20400
Modal anda = RM10k
Pendapatan bulanan anda = RM600 × 12= RM7200
Jumlah yang perlu dibayar syarikat kepada anda = RM17200
Keuntungan syarikat = RM20400 - RM17200 = RM3200
RM3200 adalah keuntungan minimum syarikat untuk setiap kemasukan RM10k. Kalau 10 orang? 100 orang?? 1000 ??? Anda kiralah sendiri. Syarikat sememangnya mampu membayar balik modal dan pendapatan bulanan anda mengikut perjanjian. Itu baru kira 2 kaedah. Syarikat ada pelbagai kaedah lagi daripada plan asal CWC untuk membayar bonus bulanan anda dan mengembalikan modal anda. Insyaallah. Kita ada perjanjian yang sah.
18. CTO tu apa?
Jawapan: Company Turn Over (CTO) merupakan bonus 3 bulan sekali khas untuk sahabat2 yang join RM10k keatas. Bonus ini adalah berdasarkan keuntungan syarikat. Contoh: katakan CTO untuk setiap akaun RM10k ialah RM150.. jika anda join RM50k, anda akan dapat RM150 x 5 = RM750. Kalau anda join RM20k, anda dapat RM300. Kalau RM100k anda dapat RM1500. YANG JOIN RM10K (Diamond) KEATAS SAHAJA. Join RM1k, RM3k dan RM5k TAK DAPAT!!!!
19. Bank negara tak kacau ke boh?
Jawapan: Satu persoalan mudah tetapi ramai yang sengaja buat payah dan tak percaya apa yang saya cakap. Saya dah pegang prinsip ni sejak 2007. Alhamdulillah tak pernah terkena dengan investment merapu atau skim cepat kayap yang mengarut seperti kambing, cacing, abbfund, eaindeks, buluh kasap, pelaburan emas, swisscash dan beribu-ribu lagi yg sedang menunggu mangsanya.
Sebenarnya mengikut undang-undang di Malaysia, hanya 3 entiti ni sahaja yang boleh ambil deposit orang awam dan membayar bonus atau dividen.
  Bank dan takaful serta syarikat kewangan berlesen. (Blh rujuk senarai di website BNM)

  Syarikat SSM yang ada lesen SKIM KEPENTINGAN ( Boleh semak di website SSM)

  Syarikat yang ada lesen AJL dan koperasi yang sah. (Ada juga syarikat yang menyamar ada     lesen ini. Semak betul-betul di website KPDNKK). Peliklah kalau jual barang tetapi tak boleh ambil       duit dengan pelanggan. Lesen ini juga membolehkan sesebuah syarikat membayar bonus kepada         ahli mengikut plan perniagaan yang diluluskan.
Yang selain daripada 3 di atas, janganlah sahabat-sahabat buat mengarut nak join. Setakat ini kebanyakannya pelingkup duit kita. Cepat atau lambat sahaja. Biasanya BANK NEGARA akan kacau syarikat yang mengambil deposit tanpa lesen dan yang terlibat dengan penggubahan wang haram. Maksudnya duit kita syarikat buat invest ke tempat lain diluar syarikat. Berbeza dengan kami di ARBA. Kami ada lesen AJL dan duit anda sememangnya beli produk kat syarikat je. Semuanya join plan asal. Tak ke mana pun duit kita tu. TIADA PENGGUBAHAN WANG HARAM DAN MENGAMBIL DEPOSIT TANPA LESEN. KITA 100% MLM TERTAKLUK DIBAWAH LESEN AJL YANG DIANUGERAHKAN KPDNKK.   
20. Nak ambik duit sebelum matang boleh tak?
Jawapan: Boleh .tapi untuk akaun pasif sahaja. Akaun aktif kekal terima pendapatan sampai bila-bila, caranya just buat sehelai surat sahaja dan tandatangan.
21. Saya takde modal yang banyak, macam mane nak join?
Jawapan: Nak RM 50k cash 2 tahun je dari sekarang? utk kakitangan kjaan..senang sangat.camni..anda buat loan RM50k..sebulan bayar bank RM2250..ARBA bg RM3000 sebulan (ada agreement permati setem dll)..lebih RM750 buat la apa-apa pun (gaji anda naik terus kiranya)..habis tahun kedua, RM50k dikembalikan..pengalaman terindah dalam hidup anda....loan RM50k td setel dah dengan bank..(RM54000)..boleh jumpa untuk penerangan dan pengesahan program ARBA..jika berminat, pm diriku..satu-satunya peluang dlm hidup anda..trust it. ARBA is trusted program..
22. Berapa tahun loan nak dapat macam di atas?
Jawapan: 1 tahun je.. kalau pandai manage duit ler.
23. Apa akan terjadi jika ARBA lingkup dlm masa tu?
Jawapan: Dengan adanya agreement permati setem, wang akan dikembalikan diambil dari duit pendahuluan masa daftar AJL jika apa-apa berlaku pada syarikat..sebenarnya pihak company nak letak wallohi watallahi pada agreement tapi nampak cam lapar harta manusia pula sedangkan apa la sangat nilai dunia ni sampai nak bersumpah2 pada agreement..tp percayalah..ia peluang buat anda yg tahu..ramai lagi tak tahu..duk masuk program-program tak ketahuan.. 
24. Kena rush ambush serang bank negara macam mana?
Jawapan: 2 benda boleh kutip duit org dalam malaysia..satu bank-bank...dua company ada AJL Akta Jualan Langsung..sbb AJL ada produk..pelik beno kalo tak leh kutip duit..nk jual barang lagumana..pastu 2 benda jugak blh bayar bonus/dividen..iaitu bank-bank dan company AJL..buat kerja memang dibagi bonus..bank ialah bank dan AJL ialah antaranya ARBA..tiada istilah bank negara serbu kerana kita AJL..bukan company SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti lintah, cacing, lembu, keli, arowana dll..syarikat SSM memang tak boleh kutip duit sebab tu asyik kena serbu..kita AJL ada transaksi jual barang..cuba kaji semua yg kena sebelum ni semua yg SSM, genneva ke apa..semua lah..tgk UPTREND, ramai mana org report sebab tak puas hati dan sebagainya..BNM tak leh buat apa sebab ia ada AJL. UPTREND sampai hari ni hidup mekar subur..huhu. Sila ambil faham agar tak terlepas peluang ARBA..tok se ambik faham pun ikut la..sbb tiada paksaan dalam agama apa lagi dlm nak pilih bisnes part time..
25. Komisyen penajaan ada tak?
Jawapan: ada, 2 % dari jumlah acc pasif. Let say member join RM10,000 acc pasif dia RM7,500, so dapat RM7,500 x 2 % = RM150,..dapat setiap bulan direct ke acc bank anda selagi member x ambik balik modal asal..WOW!! tidak terhad berapa ramai member kita nak taja..nasihat saya, tak nak buat apa2 join pakej yg besar, jika nak aktif, join pakej kecik pun ok, besar pun ok..yg penting, kita di landasan yg betul sekarang..
26. Produk macam mana?
Jawapan: Akan dihantar dengan courier service dalam masa sebulan, atau by hand bagi yang berdekatan berserta dengan agreement..don't worry.
27. Apa yang dikatakan dengan hibah?
Jawapan:
KONSEP HIBAH
Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.
Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam.
Jika harta hendak dihibahkan kepada anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.
Empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.
Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.
Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal.
Petikan dari Instrumen Hibah dan Wasiat - JAKIM
Untuk rujukan penuh, sila klik pada pautan di bawah dan download file dalam format pdf.
Ada juga orang pertikai yang hibah ni adalah haram. Pernah membeli belah di tesco? dulu masa saya beli produk RM100 keatas dalam satu resit, tesco bagi saya "hibah" sebanyak RM5.00 atau di kenali sebagai "vaucher". Adakah "vaucher" itu haram hukumnya? Sama juga membeli belah guna kad kredit dapat "rebet" dengan setiap pembelian. Adakah "rebet" itu haram hukumnya? 
Dalam Arba Network, join pakej RM10k, syarikat akan bagi rebet sebanyak RM7200 selama setahun iaitu RM600 sebulan tidak termasuk bonus-bonus mingguan yang lain. Tapi ada juga orang tanya kenapa syarikat bagi banyak sangat rebet? Suka hati syarikat lah dia nak bagi banyak mane sebab itu duit dia..hehehehe, kalau tak nak bagi dekat saya hibah tu.
28. Kenapa CWC tak ada stokis di seluruh Malaysia?
Jawapan: Dulu kita memang ada konsep stokis, tapi yang jadi stokis tu bukan kerana dia ada network tapi dia hanya ada duit dan mengharapkan syarikat meramaikan stokisnya. Bila tak ada orang ke stokis, mulalah timbul persoalan tak ada orang datang, syarikat kurang iklan dan seumpamanya. Jadi untuk mengelakkan masalah sama timbul, kita tak buat cawangan or stokis. Nak order barang boleh melalui online. Sekarang kita banyak kaedah untuk menyampaikan bisnes or produk. 10 tahun dulu mungkin bukak cawangan dan stokis satu penyelesaian terbaik, tapi sekarang kita ada macam-macam solusi untuk memudahkan cara untuk semua urusan.
29. Jika sekiranya Malaysia mengalami krisis ekonomi seperti zaman pemerintahan Tun Mahathir bagaimana syarikat dapat meneruskan perniagaan?
Jawapan: Apabila negara mengalami krisis ekonomi yg akan terjejas adalah matawang, klau emas xkan terjejas, jadi harga barang2 akan meningkat dan kuasa membeli akan berkurangan, so sale syarikat pasti akan terjejas tambahan pula syarikat terpaksa menampung pelbagai kos2 dan bayaran gaji pekerja... Oleh itu menjadi kebiasaan sesebuah syarikat untuk memiliki "backup plan" sekurang2nya utk tempoh 3 tahun supaya segala kerugian dapat ditampung sehingga keadaan ekonomi kembali stabil... Begitu juga bagi kami di syarikat CWC NETWORK, kami juga mempunyai "backup plan", jika nanti negara kita ditakdir mengalami krisis ekonomi insya-Allah syarikat CWC akan terus beroperasi seperti biasa
30. Jika CEO syarikat dah tiada (meninggal dunia), bagaimana dengan pelan pemasaran syarikat? Adakah CEO yg baru dilantik boleh mengubah pelan yg sedia ada?
Jawapan: Perkara ini telah kami fikirkan sejak mula2 syarikat ditubuhkan, sebenarnya CEO yg baru tersebut tidak boleh membuat sebarang perubahan terhadap pelan pemasaran syarikat yg sedia ada samada menggunakan wang syarikat utk perniagaan selain dari pelan asal MLM, ini kerana, semuanya telah terikat dengan perjanjian syarikat dengan mahkamah.
KESIMPULANNYA: syarikat CWCNETWORK SDN BHD merupakan sebuah syarikat yg kukuh dan berdaya saing setanding dengan syarikat2 bertaraf antarabangsa...
31. Saya terjumpa satu info di dalam blog yang menyatakan Arba tidak sah betul ker?
Jawapan: Pertama kali kita patut berbangga sebab KPDNKK mengesahkan bahawa syarikat Classic Worldwide Coporation adalah berdaftar, sebenarnya kita tak tahu apa sebenarnya soalan yang di tanya oleh pengadu ini, pada pandangan saya mungkin pengadu ini tidak pernah menyertai program arba dan tidak tahu konsep program arba ini. Bila orang cerita join arba RM10k dapat RM600 setiap bulan, terus dia cop sebagai pelaburan dan terus buat report, sepatutnya pengadu ni siasat terlebih dahulu. 
Yang kedua ialah perkhidmatan/pembelian secara pukal (front loading). Pembelian/pembelian secara pukal (front loading) dengan harga atau jumlah yang tidak munasabah tidak berlaku dalam program arba kerana harga produk adalah RM250 seunit dan ahli mendapat kesemua produk tersebut dengan syarat ahli sendiri yang di pasarkan, jika syarikat yang tolong pasarkan maka keuntungan minima yang diberi kepada ahli dan jika ahli yang pasarkan sendiri kesemua produk tersebut keuntungan menjadi lebih tinggi tetapi bukan melalui program arba lah.
Untuk makluman tuan/puan KPDNKK kerap menerima aduan dari orang ramai yang mane orang mendakwa program arba ini ialah investment. Sudah 3 kali pegawai penyiasat KPDNKK hadir ke syarikat, setelah soal siasat dan mendapat penjelasan daripada CEO Dr. Zaini, pegawai tersebut mengesahkan Arba Netwrok Group adalah ahli kumpulan CWC dan Arba Network adalah kaedah pemasaran yang digunapakai oleh CWC. Siasatan dan pengesahan ini di buat kerana mendapat aduan daripada ramai prospek yang inginkan kepastian tentang keabsahan program ini.
Laporan dari pegawai tersebut adalah dilarang saya letakkan disini kerana menjadi kesalahan mendedahkan laporan asli dokumen kerajaan, jadi saya hanya copy paste ayat laporan tersebut sahaja:
Pemeriksaan/Siasatan:-
1. Hasil siasatan mendapati ARBA NETWORK GROUP adalah ahli kumpulan dari syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn. Bhd
2. ARBA NETWORK GROUP juga adalah satu kaedah yang digunakan oleh syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn. Bhd.
So, harap semua jelas tentang program arba network ini.
32. Kalau duit luar negara kita masuk terus ke akaun syarikat CWC boleh tak, contoh Hong Kong?
Jawapan: Tak boleh, sebab banyak kes penggubahan wang haram berlaku di negara seperti China, jadi kita cuma mengambil langkah berjaga-jaga, Hong Kong, memang terkenal dengan isu ini jadi BNM akan lebih serius menangani isu ini.
Kalau ader client dari China saya tak syorkan direct ke akaun syarikat. Adalah lebih baik dia transfer ke akaun di atau saudara mara mereka dahulu yang menggunakan bank Malaysia, kemudian bila dah clear baru transfer ke akaun syarikat.
Jika di dapati benar berlaku pengubahan wang haram, maka syarikat kita juga akan terlibat sama, jadi adalah lebih baik dia urus dahulu, tapi kalau negara-negara lain yang rekod bersih kita boleh terima.
33. Saya sangat-sangat berminat, macam mane nak menyertainya?
Jawapan: Terus hubungi saya ATAU..jika anda sudah benar-BENAR yakin dan tidak sabar lagi nak join.. PILIH pakej yang anda mahu sertai bergantung kepada kemampuan & keyakinan anda dan terus buat pembayaran ke akaun bank syarikat. Kalau boleh cuba elakkan bank in ke akaun peribadi peserta lain, kecuali Khalifa Ringgit yang di lantik oleh syarikat.
 Dan yang paling menarik ialah modal akan dikembalikan 100% setelah tamat tempoh perjanjian. Kalau nk renew agreement, anda akan terus menikmati hibah bulanan sampai jemu... jemu ke? hehehe :)

No comments:

Post a Comment